Pencari kerja tempatan wajib diutamakan untuk diserap dalam sektor bersesuaian
KUALA LUMPUR – Kerajaan komited dalam usaha memastikan golongan pencari kerja tempatan termasuk para graduan terus diutamakan untuk diserap ke dalam sektor pekerjaan negara mengikut bidang yang bersesuaian dengan kelayakan masing-masing.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, setiap peluang pekerjaan yang wujud serta ditawarkan oleh majikan wajib mengutamakan calon pencari kerja tempatan terlebih dahulu khususnya mengambil kira keadaan mencabar susulan wabak COVID-19.
continue reading…https://malaysiagazette.com/…/pencari-kerja-tempatan-wajib…/
Article taken from Malaysiagazette 8 July 2020